Thursday, August 9, 2012

Gelap suram sebuah kehidupan

Sebuah kehidupan xkan berseri tanpa masalah dan juga dugaan, tapi jika sering dibelenggu dengan masalh tu boleh jadi giler gak.. Tahun 2012 memang sangat membuat aku rasa down sangat. Macam2 masalah yg timbul, tp kalau bukan kite sendiri yang cipta, ia xkan datang sendiri. Dengan masalah kerja yang aku rasa xsesuai untuk aku, patot aku teruskan ataupon aku tinggalkan??aku pon xda jawapan. Masalah cinta juga, aku terjerut pada cinta yang xsepatotnya aku lakukan, iaitu bercinta dengan kawan kerja aku. Aku mula mengenal dia sejak aku lapor diri di tempat kerja, satu bahagian, cuma bukan satu unit. Aku dengan dia mula rapat bile kiteorang sangat ngam dalam semua hal. Satu perkara yg aku suka tentang dia, adalah muzik. Aku yang salah, sebab aku yg menyalah erti keakraban kiteorang. Dia juga seorang suami pada seorang isteri yg sungguh naif, isteri dia sgt baik. Tapipada waktu yg sama, dia ada orang lain dan isterinya mengetahui hubungan tersebut. Disitu aku menjadi org yg ketiga, aku xkisah asalkan aku bahagia. Tapi akhirnya kesudahan aku ditinggalkan tanpa sebarang kata walaupon aku telah menyerahkan segalanya. Nak menyesal dah xguna, jadi aku nekad untuk melupakan semuanya. Walaupon dengan seribu tanda tanya. Aku ambil keputusan untuk menyambung semula pelajaran yg terhenti dulu untuk melupakan segalanya, tapi hari semakin hari aku rasa ia satu bebanan buatku. Aku xtahu adakah perlu ku teruskan juga atau aku tinggalkan pelajaranku?..arghhh..pening kepala ni..apa yg aku cari dalam hidup ini??mengapa aku jadi begini?..persoalan terus menjadi persoalan. Coretan ini ku tulis untuk aku jadikan tatapan pada ku pada masa hadapan atas pengalaman hidupku. *sesaat kau datang...tanpa aku sedari.

No comments:

Post a Comment